Ultraman Wiki
Advertisement

"Sila berikan nama untuk Fusion Rise tuan."
"Uh... Geed! Ultraman Geed!
"

Riku Asakura dan RE.M., Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia


Ultraman Geed (ウルトラマンジード Urutoraman Jīdo) ialah wira utama dalam siri Ultraman Geed. Anak sintetik kepada Ultra Reionics yang jahat, Ultraman Belial, Geed dilahirkan pada suatu masa yang tidak diketahui selepas Impak Krisis, dan telah menghabiskan sebahagian hidupnya di Bumi tanpa menyedari asal-usulnya sendiri.

Etimologi[]

Riku mendapat nama itu dengan sendirinya dan berasal dari mottonya, "Berdiam diri, takkan bawa kita ke mana-mana! (ジーとしててもにもならねえ! ttoshite temo nimo naranē!)", walaupun kemudian ia disahkan dalam siri itu bahawa namanya berasal dari perkataan "Gene" (gen) dan "Destiny" (takdir), dengan huruf D dan E di bertukar tempat dalam "Destiny".

Namanya juga mungkin diperoleh dari perkataan "Gene" (ーン n) and "Seed" (シー Shīdo). Perkataan "Gene" merujuk kepada DNA setiap Ultra yang terkandung dalam Kapsul Ultra. Alternatifnya, sebagai anak lelaki yang diklonkan daripada Belial, dia mempunyai gen yang hampir sama dengan bapanya. Perkataan Seed pula mungkin merujuk kepada bagaimana Geed membesar dari bahan genetik Belial. Di samping itu, Geed sebagai Riku meluangkan banyak tahun tanpa mengetahui masa lalunya sendiri, sehingga RE.M. 'bercambah' pengetahuannya tentang dirinya yang sebenar.

Sejarah[]

Ultra Fight Orb[]

Walaupun sebelum konsepnya, imej Geed pertama kali dilihat oleh Reibatos disebabkan dia menerima ramalan masa depan dalam detik terakhirnya. Ilusi ini menutupi identiti pembunuh sebenarnya, Ultraman Belial, iaitu Ultra yang Reibatos cuba hidupkan semula dengan sisa kekuatan terakhirnya.

Ultraman Geed[]

Mengetahui identitinya[]

Pada masa lalu, Geed telah dicipta oleh Ultraman Belial dan Kei Fukuide, yang pada asasnya mencipta Ultra buatan dengan membesarkan Riku Asakura dari bahan genetik Belial.

19 tahun kemudian, selepas satu siri peristiwa yang membawa kepada pengambilan anak muda itu dari peranannya sebagai Ultraman (di mana dia menjadi "Ultraman Geed"), Belial dan Kei meletakkan rancangan jangka panjang mereka dalam usahanya dengan membuatnya bertempur dan melawan serangan raksasa sementara dia mengumpulkan Kapsul Ultra dari hos Bintang Kecil. Riku juga pastinya segera mendapat tahu warisannya yang sebenarnya sebagai anak Belial dari operator Rumah Nebula, RE.M.. Tak kira apa pun pendapat daripada penduduk mengenai Geed (sama ada kemiripannya dengan Belial atau hakikat bahawa kesetiaannya masih diragukan), Riku mengambil keputusan untuk menggunakan kuasa barunya untuk melindungi manusia. Dari masa ke masa, Riku turut memperoleh bentuk baru dari kapsul yang diperolehnya dan disertai oleh musuh ketat ayahnya; Ultraman Zero.[1]

Semasa pertarungan pertamanya dengan Pedanium Zetton, Riku mempelajari objektif sebenar di sebalik kelahirannya dan dengan hanya satu kapsul yang dimilikinya tidak memberikannya kelebihan sehingga Riku bertemu dengan Sui Asakura, iaitu seorang lelaki yang memberikan nama Riku kepadanya. Ini membawa kepada perolehan Kapsul Bapa Ultra, lalu dia menggunakannya dengan Kapsul Zero untuk berubah menjadi Geed Magnificent dan memperbaharui semangatnya dengan melawan nasib yang telah ditakdirkan kepadanya, sebelum mendapatkan semula semua kapsul yang dicuri oleh Kei yang dikalahkan dan juga mendapat bantuan daripada Zero.

Menghadapi nasibnya[]

Di tengah pertarungan Geed dengan Godo Wynn, dia akhirnya bersemuka dengan bapanya Belial. Walaupun dengan bantuan Zero, usaha Geed untuk melakukan serangan balas menjadi sia-sia dan diculik oleh Chimeraberus di mana Belial menyerap/merosakkan anaknya sendiri sehingga campur tangan daripada Laiha Toba dan Ultraman King menggagalkan rancangannya. Selepas berjaya melepaskan diri, Geed membawa seluruh konflik itu ke Bumi dan menggunakan semua bentuknya dari Primitive sehingga Magnificent sebelum dia memperoleh bentuk Royal Mega-Master yang baru dan mengalahkan bapanya untuk selamanya. Meskipun begitu, Kei mendakwa bahawa dia telah mewarisi kehendak Belial dan akibatnya, Geed terpaksa berhadapan dengan raksasa yang dipanggil oleh Kei melalui Kapsul Kaiju atau bahkan juga berhadapan dengan Kei secara langsung sebagai Raksasa Gabungan Belial.

Pertempuran anak dan bapa[]

Apabila Belial didedahkan berjaya untuk terus hidup dan berubah menjadi Belial Atrocious, Geed berhadapan dengan bapanya semula selepas Zero hampir dikalahkan oleh Belial. Walau bagaimanapun, Belial mampu menandingi anaknya walaupun dalam bentuk Royal Mega-Master. Pertempuran itu berterusan sehingga Bapa Ultra tiba dan membolehkannya untuk berundur seketika. Tidak lama selepas itu, Geed kembali ke dalam medan pertempuran terakhir itu dengan tekad dan keberaniannya untuk menghadapi ayahnya. Dalam penghujung pertempuran itu, Geed membuatkan Belial Atrocious kembali ke bentuk Reionik biasanya, dan menariknya ke dalam kerangka dimensi yang tercipta dengan menggabungkan tembakan Zegan dan tembakannya sendiri. Geed melawan Belial sehingga ke penamatnya, entah bagaimana dapat melihat kenangan lampau Belial dan akhirnya memahami kesakitan yang dialami bapanya. Walaupun begitu, masing-masing tidak berhenti berlawan dan akhirnya Geed memusnahkan Belial buat selama-lamanya dengan Wrecking Burst miliknya.

Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes![]

Geed mula-mula muncul untuk bertempur dengan Galactron MK2, yang telah mengejar Jugglus Juggler sehingga ke Bumi, tetapi robot itu mampu menandinginya lalu melarikan diri. Galactron MK2 kemudian muncul semula dan memberi Geed, Zero dan Orb sebuah pertempuran yang sukar dan hampir berjaya mengalahkan ketiga-tiga mereka. Dengan serangan yang tidak dijangka, Geed dilemahkan dan dihantar ke ruang siber, dan Orb terpaksa menyelamatkannya menggunakan kuasa Perisai Gomora Ultraman X, diakses melalui Orb Trinity. Sejurus selepas itu, Galactron MK2 melepaskan peluru berpandu tenaga yang nampaknya membunuh Zero dan Orb. Menyalahkan dirinya kerana kehilangan mereka, Geed mula mengganas dan menamatkan Galactron MK2 dengan Wrecking Burst pada jarak yang amat dekat dengannya.

Kemudian, tentera Galactron turun padang dan Riku menolak untuk berubah, disebabkan tertekan dari pertempuran sebelumnya. Bagaimanapun, dengan dorongan daripada rakan-rakannya, kembalinya Zero dan Orb dan kata-kata terakhir Airu Higa, Ultra muda itu mampu mengatasi keraguannya, membolehkannya membuka kunci Giga Finalizer dan berubah menjadi Ultimate Final. Selepas memusnahkan sisa daripada tentera Galactron, Geed diiringi oleh Zero dan Orb tiba di Cyber Planet Kushia, berhadapan dengan Gillvalis dalam Bentuk Sempurnanya. Ultra itu akhirnya mengakhiri pemerintahan kecerdasan tiruan itu dengan Geed memberikan serangan penamat.

Ultraman R/B[]

Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond[]

Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]

Ultraman Taiga[]

Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]

Selepas Tregear dikalahkan oleh Ultraman Taiga, bahagian Grimdo telah melepaskan diri dari tubuh badannya. Wira Generasi Baru menjejaki Grimdo di angkasa dan menyegelnya di dalam sebuah kristal, tetapi akibatnya kuasa Ultraman mereka tidak dapat digunakan. Dalam bentuk manusia, mereka turun ke Bumi untuk melindungi Hiroyuki Kudo dari Grimdo yang semakin menghampiri Bumi. Setelah Riku memperoleh kuasanya semula melalui Geed-let, Wira Generasi Baru menentang Tregear, Taro yang dirasuk oleh Grimdo dan sekumpulan raksasa dengan Geed bertarung dengan Gigadelos. Apabila lawan mereka mendapat tingkatan kuasa dari Grimdo, Geed bertukar menjadi Ultimate Final untuk menamatkan Night Fang. Pada awalnya dikalahkan oleh Grimdo setelah menyerap Tregear, Wira Generasi Baru bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan berjaya mengalahkan Grimdo. Wira Generasi Baru memberikan kata-kata perpisahan kepada Tri-Squad dan Hiroyuki dan kembali ke dunia asal mereka. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax

Ultraman Z[]

Apabila Gillvalis dihidupkan semula angkara Devil Splinter dan menyerang Planet Ain (惑星アイン Wakusei Ain), Geed berhadapan dengan robot itu namun tewas sebelum dia sempat untuk bertukar menjadi Ultimate Final dan menyebabkan Riser miliknya mengalami kerosakan. Pega muncul dan memberikan Z Riser dan Ultra Medal yang diterimanya daripada Ultraman Hikari kepada Riku, membolehkannya bertukar menjadi Ultraman Geed Galaxy Rising dan mengejar Gillvalis ke Bumi. Dalam bentuk barunya, Geed berjaya mengalahkan Gillvalis yang menyerang Sevenger dan Windom ketika latihan STORAGE. Teras Gillvalis masih hidup dan terbang entah ke mana, membuatkan Geed kehilangan jejaknya.

Profil[]

Walaupun masih muda dan tidak berpengalaman, Geed terkenal kerana mempunyai naluri pertempuran yang kuat dan kemahirannya dalam pertempuran bertambah kuat sehingga dia dapat berlawan dengan musuh yang lebih dahsyat dalam form Primitive. Dia akhirnya dapat mengalahkan bapanya iaitu Belial dalam form Primitive, dan dinyatakan oleh Ultraman King bahawa dia mempunyai 'potensi yang tak terbatas'.

Statistik[]

  • Ketinggian: 51 meter
  • Berat badan:
    • Primitive: 41,000 tan
    • Solid Burning dan Noactive Succeed: 45,000 tan
    • Acro Smasher: 35,000 tan
    • Magnificent dan Fire Leader: 47,000 tan
    • Royal Mega-Master: 48,000 tan
    • Ultimate Final: 42,000 tan
    • Shining Mystic: 38,000 tan
    • Tri-Slugger: 52,000 tan
    • Mugen Crosser: 43,000 tan
    • Brave Challenger dan Le-Over Fist: 50,000 tan
    • Mighty Trekker dan Photon Knight: 44,000 tan
    • Dandit Truth: 58,000 tan
  • Umur: 20 tahun
  • Dunia rumah: Planet Bumi
  • Kelemahan: Pemasa Warna Geed tertakluk kepada had tiga minit, tetapi untuk membuat keadaan lebih teruk, dia tidak boleh berubah selama tempoh 20 jam sekiranya had masa tamat. Walau bagaimanapun, Ultimate Final melangkau selang 20 jam kerana tidak menggunakan Riser, sebaliknya Giga Finalizer untuk berubah.

Ciri-ciri Tubuh[]

  • Mata: Geed mempunyai mata berwarna biru muda yang diwarisi dari mata bapanya, Belial yang berwarna jingga. Apabila dia menggunakan teknik khas, matanya akan bercahaya lebih cerah. Ketika fikirannya dipengaruhi oleh Belial atau berasa sangat marah, matanya menjadi merah.
  • Pemasa Warna (カラータイマー Karā Taimā): Geed mempunyai Pemasa Warna menegak yang berbentuk kapsul.
  • Protektor (プロテクター Purotekutā): Geed mempunyai dua pelindung logam kecil di dadanya. Ia menjadi lebih canggih dalam bentuk Solid Burning dan seolah-olah menutup seluruh badannya dalam perisai, terutamanya di dada dan bahu.
  • Ultra Armor: Geed mempunyai Perisai Ultra seperti mana-mana Ultra yang lain. Setiap kali Geed mengecas Wrecking Burst, ia akan bercahaya merah.

  • Perisai: Dalam bentuk Solid Burning dan Magnificent, Geed mengenakan perisai tambahan di dada, bahu dan tangannya.
  • Pemotong Lengan: Sebagai Geed Magnificent, pelindungnya mengenakan pemotong kecil yang boleh digunakan untuk serangan.
  • Beam Lamp (ビームランプ Bīmu Ranpu): Dalam bentuk Solid Burning, Geed mengenakan lampu pancaran hijau seperti milik Seven dan Leo.
  • Kristal Dahi: Dalam bentuk Royal Mega-Master, Geed mengenakan kristal dahi berbentuk berlian berwarna merah.
  • Geed Slugger (ジードスラッガー Jīdo Suraggā): Geed memiliki Slugger di atas kepalanya dalam bentuk Solid Burning. Ia diwarisi daripada Eye Slugger milik Ultraseven.
  • Exhaust Ports (エキゾーストポート Ekizōsuto Pōto): Sebagai Solid Burning, Geed mempunyai beberapa lubang udara di tubuhnya yang boleh melepaskan haba. Ia juga boleh berfungsi sebagai roket, dan Geed Slugger boleh dipasang padanya untuk melakukan gerakan penamat.
  • Ultra Horn (ウルトラホーン Urutora Hōn): Dalam bentuk Magnificent, Geed mengenakan tanduk besar.
  • Ultra Mantle (ウルトラマント Urutora Manto): Dalam bentuk Royal Mega-Master, Geed mengenakan jubah besar yang berwana emas (luaran) dan merah (dalaman).

  • Kristal Dahi: Dalam bentuk Ultimate Final, Geed mengenakan kristal berlian di dahinya.
  • Gold Stream (ゴールドストリーム Gōrudo Sutorīmu): Seluruh badan Geed diliputi dengan garis-garis keemasan yang bersinar ketika dia mengaktifkan penamatnya.

  • Perisai Tubuh: Seluruh badan Geed ditutupi dengan baju besi.

  • Transformasi[]

    Riku pertamanya mengaktifkan sepasang Kapsul Ultra lalu membuatkan Ultra dari kapsul tersebut muncul ketika dia menyisipkannya ke dalam Loading Knuckle. Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku mengatakan slogan katanya bergatung pada Fusion Rise itu, sambil mengangkat lengan kanannya sebelum mengayuninya mengikut arah lawan jam. Kemudian dia menaikkan Riser ke atas sebelum menurunkannya semula di hadapan dadanya, menekan picu Riser, menyebabkan tubuhnya berubah menjadi bentuk Ultra sambil diliputi cahaya dan wajah Gaya Awal Ultraman Belial. Dia tidak melakukan sebahagian babak di atas ketika berubah menjadi bentuk Royal Mega-Master dan Final Ultimate.

    "Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk sedia! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Primitive

    Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku menekan picu Riser dan menyebabkan badannya berubah menjadi bentuk Ultranya. Semasa urutan kenaikan, latar belakang yang pertama kelihatan menyerupai babak kenaikan Ultraman (latar belakang merah) lalu mata Belial muncul selama sesaat sebelum berubah menjadi latar belakang ungu. Semasa dia bergerak mendekati skrin, latar belakang berubah lagi menjadi tenaga cahaya biru muda dan merah gelap.


    Riku mengimbas Kapsul Ultra Ultraman dan diikuti oleh Belial dalam masa sebenar lalu memasukkan dan memuat kedua-dua kapsul ke Riser. Selepas itu, Riku berubah menjadi Geed.


    "Gabungan. Diaktifkan. Mari mulakan. Masa untuk bersiap sedia. Geed."

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Primitive

    Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku menekan picu Riser, menyebabkan badannya berubah menjadi bentuk Ultranya dan unjuran Ultraman dan Ultraman Belial muncul dan bergabung dengannya. Saiznya mula membesar dan berubah menjadi Geed Primitive.



    "Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk keberanian saya membara! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Solid Burning

    Semasa urutan kenaikan, latar belakang yang pertama kelihatan menyerupai babak kenaikan Ultraseven, dengan putaran percikan api. Ia kemudian berubah kepada latar belakang biru seperti Leo, dan Geed Solid Burning muncul. Ketika dia bergerak lebih dekat, latar belakang berubah lagi kepada merah dan hijau, dan letupan api yang disertai dengan cahaya hijau yang menyala muncul sebelum kenaikan selesai.


    "Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Saya akan menunjukkan sesuatu yang mengejutkan! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Acro Smasher

    Semasa urutan kenaikan, latar belakangnya menyerupai Ultraman Hikari. Ia kemudian berubah menjadi aurora kuning dan putih di latar belakang hitam, serupa dengan Cosmos, lalu Geed Acro Smasher muncul. Ketika dia bergerak, latar belakang berubah lagi untuk babak percikan "air", kemudian ke lingkaran tenaga kuning dan cahaya biru apabila kenaikan selesai.


    "Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Saya akan melindungi harapan! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Magnificent

    Semasa urutan kenaikan, latar belakang Zero mula-mula dilihat sebelum ia berubah ke latar belakang lain dengan dua sfera yang terhubung pada latar belakang berbintang yang menyerupai Ultra Array Bapa Ultra. Apabila Geed semakin dekat, perubahan latar belakang menyerupai seperti kristal hijau dari Tanah Cahaya. Akhirnya, Geed dikelilingi oleh cahaya lingkaran biru, kuning dan putih pada latar belakang hitam dengan lajur hijau yang bercahaya.


    "Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk membela nasib! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Royal Mega-Master

    Tidak seperti kebanyakan urutan Fusion Rise, dengan mengimbas kedua-dua Kapsul Belial dan King membawa keluar King Sword. Selepas memasukkan Kapsul King ke dalam King Sword, Riku meluncurkan tangannya melintasi King Sword dan berubah menjadi imej Gaya Awal Belial setelah menyerap manifestasi Belial dan King. Dia kemudian melompat dan memulakan babak kenaikan, di mana latar belakang bermula sebagai jisim merah-perang dan awan ungu, lalu mata Belial muncul sebentar sebelum latar belakang meletup menjadi pelbagai kilauan emas pada latar belakang perak. Akhirnya, lingkaran tenaga merah gelap dan cahaya biru muda yang bersempadan dengan tenaga seperti kilauan emas muncul.


    "Masa untuk membela nasib! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Royal Mega-Master

    Pada dasarnya ia adalah kelajuan transformasi standardnya, Riku menyelitkan Kapsul King ke dalam King Sword dan meluncurkan tangannya melalui pengimbasnya. Dalam keadaan sebenar, unjuran Belial dan King bergabung dengan Geed Magnificent dan mengubahnya menjadi bentuk Royal Mega-Master.



    "Ultimate Final! Sambungkan keinginan!! Geed!"

    ―Pengumuman pengaktifan untuk Ultimate Final

    Riku mengaktifkan Kapsul Evolusi dan memasukkannya di bahagian bawah Giga Finalizer dan kemudian mengimbas hujung belakangnya dengan Riser. Kemudian Riku menekan butang pada pemegang dan menolak peluncurnya ke atas. Dia berubah menjadi bentuk Ultra asalnya dan kemudian badan Ultimate Final meliputinya. Babak kenaikan dimulai dengan latar belakang garis kuning dan biru, di mana Geed mula muncul dengan penampakan matanya sendiri di latar belakang. Babak itu kemudian berubah menjadi medan lampu yang berkilauan, sebelum ia berubah untuk kali terakhir menjadi latar belakang sibernetik biru dan jingga.


    Ultra Access Card Riku M78

    Ultra Access Card milik Riku

    TBA[2]


    Bentuk[]

    Bentuk Asal

    Ultraman Geed Bentuk Asal

    Bentuk asal


    Bayangan Bentuk Asal Geed

    Bentuk asal


    Bentuk asal Geed tanpa menggunakan Fusion Rise. Pada masa ini, bentuk ini tidak dapat diakses olehnya dan hanya berfungsi sebagai keadaan proses semasa transformasinya.

    Semasa transformasi, cahaya yang dipancarkan dari Riser menjadi keadaan awal transformasi, memberikan Geed penampilan Ultraman yang menyerupai Belial dalam bentuk Gaya Awalnya, tetapi dengan Pemasa Warna berbentuk kapsul. Kuasa penggabungan tenaga dari Kapsul Ultra boleh menjadi setiap bentuk Ultraman Geed.


    Primitive

    "Fusion Rise: Ultraman, Ultraman Belial!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Primitive!"

    ―Pengumuman transformasi

    Ultraman Geed Primitive data

    Primitive


    Geed Primitive Mata Merah

    Primitive (Mata merah)


    Primitive (プリミティブ Purimitibu) ialah form utama Geed yang menggunakan Kapsul Ultra Ultraman dan Ultraman Belial. Form ini membuat debut dalam episod 1.

    Dalam form ini, cara bertarung Geed adalah serupa seperti Belial dengan mempunyai rasa keadilan Ultraman dalam hatinya.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5.5
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.5
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.5
    • Kuasa Melompat Maksimum: 750 meter
    • Kekuatan Lengan: 100,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 60,000 tan
    Kebolehan
    • Geed Barrier (ジードバリア Jīdo Baria):
    • Ultra Charge (ウルトラチャージ Urutora Chāji):
    Teknik
    Istimewa
    • Wrecking Burst (レッキングバースト Rekkingu Bāsuto):
    • Wrecking Ripper (レッキングリッパー Rekkingu Rippā):
    • Wrecking Roar (レッキングロア Rekkingu Roa):
    Fizikal
    • Wrecking Throw (レッキングスロウ Rekkingu Surou):
    • Geed Tackle (ジードタックル Jīdo Takkuru):
    • Geed Punch (ジードパンチ Jīdo Panchi):
    • Geed Chop (ジードチョップ Jido Choppu):
    • Geed Kick (ジードキック Jīdo Kikku):
    Gabungan
    • Geed Multi Layer (ジードマルチレイヤー Jīdo Maruchi Reiyā):
      • Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu):
    • Integrate Spark (インテグレートスパーク Integurēto Supāku):
    • Fusion Crossover (フュージョンクロスオーバー Fyūjon Kurosuōbā):

    Solid Burning

    "Fusion Rise: Ultraseven, Ultraman Leo!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Solid Burning!"

    ―Pengumuman transformasi

    Ultraman Geed Solid Burning data

    Solid Burning

    Solid Burning (ソリッドバーニング Soriddo Bāningu) ialah form kekuatan Geed yang menggunakan Kapsul Ultra Ultraseven dan Ultraman Leo. Form ini membuat debut dalam episod 3.

    Dalam form ini, badan Geed dipenuhi dengan bolong, yang mana boleh melepaskan wap atau menembak api/tenaga untuk meningkatkan serangannya. Ia juga digunakan untuk pemasangan Geed Slugger pada kedua-dua lengannya untuk melakukan Boost Slugger Punch atau di kakinya untuk Boost Slugger Kick.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 1.8
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
    • Kuasa Melompat Maksimum: 800 meter
    • Kekuatan Lengan: 150,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 88,000 tan
    Kebolehan
    • Exhaust Ports (エキゾーストポート Ekizōsuto Pōto):
    Senjata
    • Geed Slugger (ジードスラッガー Jīdo Suraggā):
      • Boost Slugger Kick (ブーストスラッガーキック Būsuto Suraggā Kikku):
      • Boost Slugger Punch (ブーストスラッガーパンチ Būsuto Suraggā Panchi):
      • Psychic Slugger (サイキックスラッガー Saikikku Suraggā):
    Teknik
    Istimewa
    • Strike Boost (ストライクブースト Sutoraiku Būsuto):
    • Solar Boost (ソーラーブースト Sōrā Būsuto):
    • Emerium Boost Beam (エメリウムブーストビーム Emeriumu Būsuto Bīmu):
    • Wide Boost Shot (ワイドブ一ストショット Waido Būsuto Shotto Tidak digunakan):
    • Geed Barrier (ジードバリア Jīdo Baria Tidak digunakan):
    Fizikal
    • Geed Punch (ジードパンチ Jīdo Panchi):
    • Geed Kick (ジードキック Jīdo Kikku):
    • Geed Chop (ジードチョップ Jido Choppu):
    • Geed Tackle (ジードタックル Jīdo Takkuru):
    • Wrecking Throw (レッキングスロウ Rekkingu Surou):
    Gabungan
    • Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu):

    Acro Smasher

    "Fusion Rise: Ultraman Hikari, Ultraman Cosmos!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Acro Smasher!"

    ―Pengumuman transformasi

    Ultraman Geed Acro Smasher data

    Acro Smasher

    Acro Smasher (アクロスマッシャー Akuro Sumasshā) ialah form kelajuan Geed yang menggunakan Kapsul Ultra Ultraman Hikari dan Ultraman Cosmos. Form ini membuat debut dalam episod 5.

    Dalam form ini, Geed dapat menggunakan gaya pertarungan yang lebih strategik dan teknik yang boleh mengambil peluang untuk menambahkan kelajuan dan ketangkasan ketika dalam suatu pertempuran.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.5
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2.5
    • Kuasa Melompat Maksimum: 1,100 meter
    • Kekuatan Lengan: 120,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 75,000 tan
    Teknik
    Istimewa
    • Atmos Impact (アトモスインパクト Atomosu Inpakuto):
    • Smash Beam Blade (スマッシュビームブレード Sumasshu Bīmu Burēdo):
    • Smash Moon Healing (スマッシュムーンヒーリング Sumasshu Mūn Hīringu):
    • Smash Palm (スマッシュパーム Sumasshu Pāmu):
    • Smash Stream (スマッシュストリーム Sumasshu Sutorīmu Tidak digunakan):
    • Geed Barrier (ジードバリア Jīdo Baria Tidak digunakan):
    Fizikal
    • Geed Punch (ジードパンチ Jīdo Panchi):
    • Geed Kick (ジードキック Jīdo Kikku):
    • Geed Chop (ジードチョップ Jido Choppu):
    • Geed Tackle (ジードタックル Jīdo Takkuru):
    Gabungan
    • Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu):

    Magnificent

    "Fusion Rise: Ultraman Zero, Bapa Ultra!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Magnificent!"

    ―Pengumuman transformasi

    Ultraman Geed Magnificent data

    Magnificent

    Magnificent (マグニフィセント Magunifisento) ialah form peningkatan Geed yang menggunakan Kapsul Ultra Ultraman Zero dan Bapa Ultra. Form ini membuat debut dalam episod 12.

    Dalam form ini, kekuatan Geed bertambah kuat daripada form Solid Burning dan Pedanium Zetton.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 7.7
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4.8
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.9
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2.9
    • Kuasa Melompat Maksimum: 1,000 meter
    • Kekuatan Lengan: 152,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 90,000 tan
    Teknik
    Istimewa
    • Big Bustaway (ビッグバスタウェイ Biggu Basutawei):
    • Mega Slicer Cross (メガスライサークロス Mega Suraisā Kurosu):
    • Mega Electric Horn (メガエレクトリックホーン Mega Erekutorikku Hōn):
    • Geed Barrier (ジードバリア Jido Baria):
      • Arrayzing Geed Barrier (アレイジングジードバリア Areijingu Jīdo Baria):
    Fizikal
    • Geed Punch (ジードパンチ Jīdo Panchi):
      • Mega Bomber Punch (メガボンバーパンチ Mega Bonbā Panchi):
        • Mega Bomber Dynamite (メガボンバーダイナマイト Mega Bonbā Dainamaito):
    • Geed Kick (ジードキック Jīdo Kikku):
      • Mega Bomber Kick (メガボンバーキック Mega Bonbā Kikku):
    • Geed Chop (ジードチョップ Jido Choppu):
    • Geed Tackle (ジードタックル Jīdo Takkuru):
    • Meganistratos (メガ二ストラトス Meganisutoratosu):
    • Mega Swing Whipper (メガスウイングホイッパー Mega Suingu Hoippā):
    • Mega Stomp (メガストンプ Mega Sutonpu Tidak digunakan):
    Gabungan
    • Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu):

    Royal Mega-Master

    "Ultraman Belial, Ultraman King! Atas nama Raja!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman King! Ultraman Geed: Royal Mega-Master!"

    ―Pengumuman transformasi melalui King Sword

    Ultraman Geed Royal Mega-Master data

    Royal Mega-Master

    Royal Mega-Master (ロイヤルメガマスター Roiyaru Mega-Masutā) ialah form Fusion Rise terkuat Geed yang menggunakan Kapsul Ultra Ultraman King dan Ultraman Belial. Form ini membuat debut dalam episod 17.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 8.5
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 6
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 4
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4
    • Kuasa Melompat Maksimum: 1,600 meter
    • Kekuatan Lengan: 160,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 105,000 tan
    Senjata
    • King Sword (キングソード Kingu Sōdo):
      • Vulcan Sparkle (バルカンスパークル Barukan Supākuru):
      • Swing Sparkle (スウィングスパークル Suwingu Supākuru):
      • Royal End (ロイヤルエンド Roiyaru Endo):
      • 87 Flasher (87エイティセブンフラッシャー Eiti Sebun Furasshā):
      • Specium Flasher (スペシウムフラッシャー Supeshiumu Furasshā):
      • Slugger Spark (スラッガースパーク Suraggā Supāku):
      • Lance Spark (ランススパーク Ransu Supāku):
      • Vertical Spark (バーチカルスパーク Bāchikaru Supāku):
      • Strium Flasher (ストリウムフラッシャー Sutoriumu Furasshā):
    Teknik
    Istimewa
    • Brothers Shield (ブラザーズシールド Burazāzu Shīrudo):
    Fizikal
    • Geed Punch (ジードパンチ Jīdo Panchi):
    • Geed Kick (ジードキック Jīdo Kikku):
    • Wrecking Throw (レッキングスロウ Rekkingu Surou):
    Gabungan
    • Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu):
    • Royal Twin Slash (ロイヤルツインスラッシュ Roiyaru Tsuin Surasshu):


    Shining Mystic

    "Fusion Rise: Ultraman, Shining Ultraman Zero!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Shining Mystic!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Bertujuan untuk itu, puncaknya!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Shining Mystic

    Shining Mystic

    Shining Mystic (シャイニングミスティック Shainingu Misutikku) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman dan Shining Ultraman Zero.

    Ciri-ciri Badan
    • Pelindung: Pelindung Geed lebih canggih dalam bentuk ini yang melitupi seluruh dada dan bahunya. Ia juga terdapat di lengan dan kakinya.
      • Pemotong Lengan: Lengan Geed mengenakan pemotong yang mungkin merupakan kiasan untuk Zero Slugger milik Ultraman Zero.
    • Lampu Pancaran: Geed mengenakan lampu pancaran berwarna biru cerah dalam bentuk ini.

    Tri-Slugger

    "Fusion Rise: Ultraman Orb - Emerium Slugger, Ultraman Belial!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Tri-Slugger!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Terbanglah, bilah cahaya!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Tri-Slugger

    Tri-Slugger

    Tri-Slugger (トライスラッガー Torai Suraggā) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Orb Emerium Slugger dan Ultraman Belial.

    Ciri-ciri Badan
    • Pelindung: Pelindung Geed jauh lebih canggih dalam bentuk ini yang melitupi banyak bahagian badannya.
    • Perisai: Seluruh badan Geed seolah-olah dilitupi oleh perisai yang terbahagi.

    Mugen Crosser

    "Fusion Rise: Ultraman Tiga, Ultraman Zero - Luna-Miracle Zero!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Mugen Crosser!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Cabar mereka, misteri itu!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Mugen Crosser

    Mugen Crosser

    Mugen Crosser (ムゲンクロッサー Mugen Kurossā secara harfiah "Infinite Crosser") ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Tiga dan Luna-Miracle Zero.

    Ciri-ciri Badan
    • Kristal Cahaya: Di dahi Geed, terdapat satu kristal cahaya yang serupa dengan milik Tiga.
    • Pelindung: Bahu kanan Geed mempunyai pelindung berwarna emas yang serupa dengan milik Tiga.
    • Perisai Mekanikal: Bahagian kiri Geed dilitupi dengan perisai mekanikal.
    • Senjata Puncak: Geed memiliki Senjata Puncak berkembar di kepalanya yang diwarisi dari Zero Slugger milik Zero, namun dia tidak pernah menggunakannya.

    Brave Challenger

    "Fusion Rise: Ultraman Orb - Spacium Zeperion, Ultraman Mebius!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Brave Challenger!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Rebut ia, ikatan itu!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Brave Challenger

    Brave Challenger

    Brave Challenger (ブレイブチャレンジャー Bureibu Charenjā) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Orb Spacium Zeperion dan Ultraman Mebius.

    Ciri-ciri Badan
    • Pelindung: Bahu Geed mempunyai pelindung yang berwarna emas. Pelindung dadanya juga diubah suai supaya menyerupai dengan milik Orb.
    • Vektor Emas: Sesetengah bahagian tubuh Geed dilitupi dalam vektor emas yang serupa dengan yang Mebius miliki.

    Fire Leader=

    Fire Leader

    "Fusion Rise: Zoffy, Ultraman Mebius!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Fire Leader!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Tunjukkan, masa depan!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Fire Leader

    Fire Leader

    Fire Leader (ファイヤーリーダー Faiyā Rīdā) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Zoffy dan Ultraman Mebius.

    Ciri-ciri Badan
    • Garisan Emas: Sesetengah bahagian di badan Geed memiliki garisan berwarna emas.

    Le-Over Fist

    "Fusion Rise: Ultraman Leo, Astra!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Le-Over Fist!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Membara, semangat bertempur!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Le-Over Fist

    Le-Over Fist

    Le-Over Fist (リーオーバーフィスト Rīōbā Fisuto) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Leo dan Astra.

    Ciri-ciri Badan
    • Pendakap Logam: Lengan Geed mempunyai pendakap yang diperbuat daripada logam. Ia dihiasi dengan Leo Mark (レオマーク Reo Māku) di sebelah kanan dan Astra Mark (アストラマーク Asutora Māku) di sebelah kiri.
    • Pembalut: Kedua-dua tangan Geed berbalut penuh yang berfungsi untuk melindungi tangannya daripada sebarang kerosakan.
    • Tanduk: Geed mengenakan lebih dari satu tanduk di kepalanya, yang seolah-olah mewakili surai singa.

    Mighty Trekker

    "Fusion Rise: Ultraman Dyna, Ultraman Cosmos!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Mighty Trekker!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Pergi ke arahnya, jarak itu!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Mighty Trekker

    Mighty Trekker

    Mighty Trekker (マイティトレッカー Maiti Torekkā) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Dyna dan Ultraman Cosmos. Perkataan "Trekker" boleh ditafsirkan sebagai "Pengembara".

    Ciri-ciri Badan
    • Sut: Geed nampaknya memakai sejenis baju besi dalam bentuk ini.
    • Kristal Dahi: Dahi Geed mempunyai kristal yang sangat mirip dengan milik Dyna.
    • Tanduk: Kepala Geed mengenakan dua tanduk biru.

    Photon Knight

    "Fusion Rise: Ultraman Gaia V2, Ultraman Hikari!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Photon Knight!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Mekarlah, ksatriaan!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Photon Knight

    Photon Knight

    Photon Knight (フォトンナイト Foton Naito) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultraman Gaia (V2) dan Ultraman Hikari.

    Ciri-ciri Badan
    • Jubah: Geed mengenakan sebuah jubah.
    • Gaia Breaster (ガイアブレスター Gaia Buresutā): Dada Geed mempunyai band hitam dan emas yang sama seperti Ultraman Gaia.
    • Tanda Bintang (スターマーク Sutā Māku): Geed mempunyai Tanda Bintang di dadanya yang serupa dengan Hikari.
    • Perisai: Kebanyakan bahagian badan Geed dilitupi di dalam perisai.

    Dandit Truth

    "Fusion Rise: Bapa Ultra, Ultraman Belial!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Dandit Truth!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Berkembang, kuasa hebat!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Dandit Truth

    Dandit Truth

    Dandit Truth (ダンディットトゥルース Danditto Turūsu) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Bapa Ultra dan Ultraman Belial. Perkataan "Dandit" bermaksud "Dihukum" dalam Bahasa Hindi.

    Ciri-ciri Badan
    • Tanduk: Kepala Geed mengenakan dua tanduk yang melengkung. Ia berbentuk seperti milik Beryudora.

    Noactive Succeed

    "Fusion Rise: Ultraman Nexus Junis, Ultimate Zero!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Noactive Succeed!"

    ―Pengumuman transformasi

    "Melebihinya, had itu!"

    ―Slogan kata pertempuran

    Ultraman Geed Noactive Succeed

    Noactive Succeed

    Noactive Succeed (ノアクティブサクシード Noakutibu Sakushīdo) ialah bentuk Geed yang menggunakan kapsul Ultimate Zero dan Ultraman Nexus Junis.

    Ciri-ciri Badan
    • Pelindung: Dalam bentuk ini, Geed mempunyai pelindung bercantum yang kelihatan sama dengan Ultimate Aegis.
    • Pendakap: Geed mempunyai pendakap di kedua-dua lengannya, sama dengan Armed Nexus; sebelah kanannya menyimpan Ultimate Zero Sword dalam versinya manakala sebelah lagi adalah berduri.



    Ultimate Final

    "Ultimate Evolution!"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "Ultraman Geed: Ultimate Final!"

    ―Pengumuman transformasi

    Geed Ultimate Final

    Ultimate Final


    Geed Ultimate Final w Giga Finalizer

    Ultimate Final


    Ultimate Final (ウルティメイトファイナル Urutimeito Fainaru) ialah form terkuat Geed yang membuat debut dalam Ultraman Geed The Movie. Dia menggunakan Kapsul Evolusi dengan Giga Finalizer untuk berubah menjadi form ini.

    Statistik
    • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
    • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7
    • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 4.7
    • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4.7
    • Kuasa Melompat Maksimum: 1,800 meter
    • Kekuatan Lengan: 162,000 tan
    • Kekuatan Cengkaman: 103,000 tan
    Kebolehan
    • Ultra Charge (ウルトラチャージ Urutora Chāji):
    Senjata
    • Giga Finalizer (ギガファイナライザー Giga Fainaraizā):
      • Giga Thrust (ギガスラスト Giga Surasuto):
      • Riser Ray Beam (ライザーレイビーム Raizā Rei Bīmu):
      • Crescent Final Geed (クレセントファイナルジード Kuresento Fainaru Jīdo):
    Teknik
    Istimewa
    • Wrecking Nova (レッキングノバ Rekkingu Noba):
    Gabungan
    • Trinitium Final (トリニティウムファイナル Torinitiumu Fainaru):
    Tidak digunakan
    • Ultimate Ripper (ウルティメイトリッパー Urutimeito Rippā):
    • Ultimate Roar (ウルティメイトロアー Urutimeito Roā):
    • Ultimate Final Barrier (ウルティメイトファイナルバリア Urutimeito Fainaru Baria):
    • Burning Boost (バーニングブースト Bāningu Būsuto):
    • Collapser Boost (コラプサーブースト Korapusā Būsuto):
    • Stream Detonation (ストリームデトネーション Sutorīmu Detonēshon):
    • Shocking Impact (ショッキングインパクト Shokkingu Inpakuto):
    • Full Moon Neo Healing (フルムーンネオヒーリング Furu Mūn Neo Hīringu):
    • Smash Buster Blade (スマッシュバスターブレード Sumasshu Basutā Burēdo):
    • Big Buster Nova (ビッグバスターノバ Biggu Basutā Noba):
    • Giga Lightning Burst (ギガライトニングバースト Giga Raitoningu Bāsuto):
    • Giga End Slicer (ギガエンドスライサー Giga Endo Suraisā):
    • Geedium Slash (ジーディウムスラッシュ Jīdiumu Surasshu):

    Galaxy Rising

    "TBA"

    ―Pengumuman pengaktifan

    "TBA"

    ―Pengumuman transformasi

    Geed Galaxy Rising render

    Galaxy Rising

    Galaxy Rising (ギャラクシーライジング Gyarakushī Raijingu) ialah form penggabungan Geed yang menggunakan aset Ultraman Ginga, Ultraman X dan Ultraman Orb melalui Z Riser. Form ini membuat debut dalam siri Ultraman Z.[2]


    Kebolehan Standard[]

    Gabungan[]

    Seperti Orb, Ultra yang digunakan dalam setiap bentuk Geed berkongsi sesuatu yang sama antara satu sama lain.

    Perbandingan dengan Ultraman Orb[]

    Ia perlu dicatat bahawa siri Geed menggunakan banyak unsur dari Ultraman Orb, dengan itu menjadikan kedua-dua Ultra ini mempunyai persamaan atau perbezaan antara satu sama lain.

    Media Lain[]

    Ultraman Hit Song History: Bab Generasi Baru[]

    Dalam album muzik inialbum, Geed bersama Wira Generasi Baru yang lain telah dimeterai oleh Etelgar. Walau bagaimanapun, Geed kemudian dibebaskan dari tawanannya selepas Ultraman Zero merekrut Ultraman Rosso dan Ultraman Blu untuk melawan Etelgar. Ultraman Hit Song History

    Galeri[]

    Trivia[]

    Ultraman Xead

    Ultraman "Xead"

    • Nama Geed ditulis sebagai "Xead" sebelum didedahkan.
    • Bunyi Pemasa Warna Geed ialah bunyi yang digunakan semula dari Pemasa Warna milik Gaya Awal Belial dengan beberapa bunyi Pemasa Warna Ultraman.
    • Pada umur 19 tahun, Geed adalah Ultra yang paling muda dalam Siri Ultra. Ini dianggap sangat luar biasa, kebanyakan Ultra mencapai umur dewasa selepas hidup beribu-ribu tahun. Perkara ini telah dijelaskan dalam episod 11 sirinya, ia kerana Geed dicipta dari DNA Belial oleh Fukuide Kei.
      • Form Magnificent dan Royal Mega-Master menjadikan Geed sebagai Ultra termuda yang mempunyai jambang/misai. Ultra selalunya tumbuh jambang/misai mereka apabila umur mereka sudah mencecah 40,000 tahun.
    • Bunyi dengusan Geed dalam bentuk Primitive adalah versi campuran dengan bunyi dengusan Belial.
    • Geed merupakan:
      • Ultra pertama yang menggunakan serangan teknik mulut, yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana Ultra yang lain dan dia diikuti oleh Belial Atrocious.
      • Ultra ketiga yang identiti bapanya disahkan, didahului oleh Zero dan Taro.
      • Ultra kedua yang menggabungkan dua komponen Ultra pendahulunya untuk mencipta bentuknya sendiri, yang pertama ialah Orb.
      • Ultra pertama yang kelihatan iris matanya; apabila di bawah kawalan Belial dalam episod 17 siri Ultraman Geed, dia kehilangan kesedaran dalam bulatan merah di mata merahnya yang terang yang kelihatan irisnya.
      • Ultra ketiga, dalam bentuk Acro Smasher-nya yang menggunakan teknik tembakannya dengan tangan kanan menegak di hadapan tangan kiri mendatarnya, didahului oleh Hikari dan Gaia.
      • Geed Mengecil

        Geed kembali menjadi Riku

        Ultra pertama sejak Ginga yang tidak mempunyai Pemasa Warna bertemakan huruf Inggeris.
      • Ultra pertama yang mempunyai urutan pembalikan transformasi yang rumit.
      • Ultra kedua yang mempunyai kolar semula jadi dalam bentuk Ultimate Final, selepas Ginga Victory.
    • Bentuk Solid Burning Geed menjadi agak menarik apabila didapati peranannya dan Zero dalam siri ini mencerminkan kedua-dua Leo dan Seven dari siri Ultraman Leo. Hakikat bahawa dia bertukar menjadi Royal Mega-Master adalah kiasan bagaimana Leo memperoleh Ultra Mantle daripada Ultra yang sama.
      • Ironinya, beberapa kesan bunyi Solid Burning digunakan semula dari milik Alien Magma ketika menggunakan kebolehan istimewanya (sebagai contoh, ketika dia melakukan teknik Boost Punch untuk kali pertama, ngauman Alien Magma boleh didengar). Namun, ia juga aneh kerana Alien Magma adalah musuh kepada Leo dan Seven dalam siri Leo.
    • Solid Burning pada mulanya dirancang untuk berkongsi ciri-ciri yang serupa dengan Windom.
      • Dalam satu kebetulan yang menarik, penyanyi suara mereka berkongsi pelakon suara yang sama dalam satu media.
    • Semasa berubah atau beralih bentuk Fusion Rise, bunyi latar belakangnya memainkan muzik pengenalan Siri Ultra (tidak termasuk Royal Mega-Master) dari setiap Ultra dengan muzik tersebut diperbaharui atau dicampurkan (remixed).
    • Di samping Riku, DNA Geed sebenarnya adalah 99% sama dengan Belial menurut RE.M.. Walau bagaimanapun, dia tidak menunjukkan tanda-tanda sebagai Reionik dan bahkan mungkin tidak akan menjadinya.
    • Reka bentuk awal Geed Primitive telah dikitar semula menjadi Belial Atrocious.[3][4]
    • Nama teknik penamat terakhirnya, Geed Proof (ジードプルーフ Jīdo Purūfu) adalah berdasarkan nama lagu tema pembukaan siri ini dan tajuk episod di mana serangan tersebut digunakan.
    • Semasa proses reka bentuk Royal Mega-Master, sutnya sepatutnya dilutupi oleh perisai emas; bagaimanapun ia diringkaskan kerana akan menyukarkan pergerakan sut itu, namun masih mengekalkan elemen-elemen dari sifat Ultraman King. Masayuki Goto, yang telah ditugaskan dalam reka bentuk sut tersebut, menyatakan bahawa dia juga mempunyai masa yang sukar untuk meletakkan mantel dalam bentuk yang sesuai. Tambahan pula, janggut itu juga akan menutupi rahang depannya. Walau bagaimanapun disebabkan faktor umur Riku, menjadikan ia tidak sepadan dengan ciri-cirinya.[5] Beliau juga menyatakan bahawa dia asalnya tidak akan memiliki puncak seperti itu, tetapi pengarah menginginkannya kerana ia kelihatan seperti 'gaya rambut raja dunia'.[6]

    Rujukan[]

    Ultra
    Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Chuck | Ultraman Scott | Ultrawoman Beth | Andro Melos
    Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Ginga Victory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
    Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Blazar
    Ultra Lain Superior Seven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Rakyat U40 | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
    Counterpart Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy
    Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
    Ultra Palsu Ultraman Palsu | Ultraseven Palsu | Ace Robot | Astra Palsu | Ultraseven Khayalan | Ultraman Joneus Palsu | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Ultraman Cosmos Palsu | Ultraman Mebius Palsu | Tsurugi Palsu | Ultraman Mebius Palsu | Darklops Zero | Darklops | Ultraman Palsu (SR) | Zoffy Palsu (SR) | Ultraman Jack Palsu (SR) | Ultraman Ace Palsu (SR) | Ultraman Zero Ilusi | Ibu Ultra Palsu | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
    Ultra Pementasan dan Permainan Video Chaosroid | Ultraseven Palsu | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Ultraman Leo Palsu (SR) | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace | Lara | Ultraman Dyna Palsu | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Haruka | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
    Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra-Ninja Squad | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Caesar | Wuleian | Ultra Wolf | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Manga Dark Horse) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zaji | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Ars | Acura | Remodeled Ultra | Aura | Ultraman (ULTRAMAN)
    Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
    Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
    Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
    Advertisement