Ultraman Wiki
Advertisement


Ultraman Gaia (ウルトラマンガイア Urutoraman Gaia) merupakan Wira Ultra eponim dalam siri Ultraman Gaia. Gaia merupakan manifestasi kehendak Bumi itu sendiri dan menjalinkan ikatan dengan Gamu Takayama untuk berlawan menentang konco-konco Radical Destruction Bringer dan raksasa dan penceroboh lain yang mengancam keamanan di Bumi.

Konsep[]

Etimologi[]

"Sesetengah orang kata Bumi ialah makhluk hidup bernama Gaia..."
"Gaia?"
"Macam mana kalau kita gelarkan gergasi tu Ultraman Gaia? Nama Gaia tu menarik, kan?
"

Gamu Takayama dan Atsuko Sasaki, Namanya Ialah Gaia

Nama Gaia berasal dari Gaia hypothesis, dinamakan sempena dewa Yunani kuno yang namanya bermaksud "Bumi", ia menyatakan bahawa keseluruhan Bumi mempunyai organisma yang kompleks.

Sejarah[]

Ultraman Gaia[]

Pertarungan Menentang Radical Destruction Bringer Bahagian 1[]

"Ultraman! Bumi sedang berada dalam bahaya! Saya perlu menjadi seperti diri awak! Saya perlukan kuasa awak! Tolonglah, berikannya kepada saya!"

―Gamu Takayama kepada Ultraman Gaia, Rebut Cahaya Itu!

Semasa salah satu eksperimen realiti maya yang dilakukan dengan tujuan rahsia untuk menemui kehendak Bumi, seorang anak didik sains Gamu Takayama bertemu secara ringkas dengan gergasi merah bercahaya yang misteri, Ultraman Gaia di penghujung terowong cahaya.

Ketika Radical Destruction Bringer memulakan gelombang serangan pertamanya di Bumi dengan C.O.V., pasukan XIG malangnya belum cukup bersedia untuk memasuki fasa pertarungan yang berkesan. Buntu memikirkan cara untuk menghentikan raksasa itu, masa terhenti dan Gamu terjatuh ke dalam sebuah terowong cahaya lain, di mana dia bertemu sekali lagi dengan Gaia. Disebabkan oleh Gamu yang sangat mengambil berat dengan nasib Bumi dan kemanusiaan, Gaia telah menerima keinginan Gamu dan mengurniakannya Cahaya. Oleh itu, Gamu bertukar menjadi Ultraman Gaia dan maju ke hadapan untuk menewaskan raksasa itu. Rebut Cahaya Itu!

Semenjak dari itu, lebih banyak raksasa yang dihasilkan oleh Radical Destruction Bringer telah dihantar ke Bumi. Lebih membimbangkan lagi, raksasa berasaskan Bumi telah terjaga secara misteri. Gamu menyertai XIG sebagai seorang penganalisis, dan kemudian menghasilkan Esplender untuk menyimpan Cahaya yang merupakan intipati Gaia. Seorang Wira Muncul

Ketika menjalankan misi, Gamu mengalami pertemuan semula yang tidak dijangka dengan Hiroya Fujimiya, seorang pemuda bermisteri yang memiliki Cahaya Ultraman Agul. Fujimiya yang telah bertanggungjawab memajukan komputer tatasusunan komputer CRISIS serta ramalannya yang amat mengerikan yang mana selepas banyak pengiraan semula dilaksanakan, mereka mendapat tahu bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan Bumi dari Radical Destruction Bringer adalah dengan menghapuskan manusia dari persamaan mereka. Dia meninggalkan kumpulan Alchemy Stars dalam menjalankan penyelidikannya sendiri, yang hanya ditemani oleh Profesor Kyoko Inamori. Semasa percubaannya untuk mencari keinginan Bumi itulah di mana dia menemui Agul. Lahirnya Agul

Kedua-dua Agul dan Gaia bersama-sama bertarung menentang Radical Destruction Bringer dan kasangkala membantu antara satu sama lain meskipun Agul telah menjelaskan bahawa kerjasama mereka terjalin atas dasar tugasnya untuk Bumi dan juga tujuannya sendiri dan bukannya kerana persahabatan atau menunjukkan rasa terima kasihnya. Fujimiya semakin lama menjadi semakin gelisah dan melulu serta semakin kurang menghormati sesama manusia dalam misi terdesaknya untuk menyelamatkan Bumi. Dia memaksa dirinya sehingga membahayakan kesihatannya sendiri dan mengalami demam dan tidak bertanggungjawab. Selepas dirinya terlibat dalam pergaduhan di bar, dia mengisytiharkan bahawa manusia mesti dibersihkan dari Bumi.

Gaia dan Agul telah bertarung yang membawa kepada pertembungan besar dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah, yang juga turut mencetuskan tenaga luar biasa semasa pertarungan itu dan mengakibatkan terhasilnya lubang cacing gergasi. Seekor ular besar bernama Zoruim sebahagiannya muncul untuk menyerang Bumi. Ternyata Zoruim telahpun menjangkakan pertembungan yang dahsyat ini dan dapat mempengaruhi pengiraan CRISIS. Gamu menjelaskan kepada Fujimiya bahawa Crisis telah disabotaj selama ini dan analisisnya pada asasnya cacat. Fujimiya menyedari semua yang dia percayai adalah berdasarkan kecacatan ini dan menjadi kecewa, hilang kepercayaan akan dirinya sendiri. Dia memberikan Gamu Cahaya Agul supaya dia dapat menggunakannya untuk menewaskan Zoruim. Fujimiya meninggalkan tempat kejadian, kelihatan telah terbunuh akibat serangan dari Zoruim. Perlawanan Untuk Esok

Untuk memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, Gamu menerima Cahaya Agul ke dalam Esplender miliknya dan setelah itu bertukar menjadi Ultraman Gaia yang baru dan telah dinaik taraf: Gaia V2. Gaia menuju ke arah Zoruim dan menyerangnya dengan Quantum Stream, tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan. Gaia bertukar menjadi Supreme Version yang serba baru lalu memasuki ke dalam Zoruim menerusi mulutnya dan menggunakan Photon Stream untuk memusnahkan raksasa itu dari dalam. Tidak lama selepas itu, lubang cacing itu pun tertutup. Resolusi Akhir

Crisis Ghost Virus telah menjangkiti GUARD Europe dan komputer Aerial Base. GUARD Europe terpaksa terpaksa menutup komputer mereka, dan Aerial Base hampir diturunkan. Walaupun usahasama Atsuko dan Georgie nampaknya berjaya memusnahkan virus, Crisis Ghost telah melarikan diri ke Geo Base, di mana ia menyerang bilik penyimpanan yang mengandungi serpihan Apatee dan Alguros. Selepas serpihan-serpihan itu bersatu membentuk sebuah entiti, ia bertukar menjadi Imit-Ultraman Gaia. Bagaimanapun, ia salah menilai kuasa Ultraman Gaia dan bentuk tiruannya lantas didedahkan kepada wajah sebenarnya: Mimos, gabungan Apatee dan Alguros dari masa lalu. Gaia segera turun padang terlibat dalam pertempuran, tetapi tidak lama kemudian Mimos memperoleh kelebihan dengan senjata baharunya. Mimos menyemat Gaia dengan senjata yang menyerupai garpu manakala empat bumerang aktifnya menyelar tangan dan kakinya. Berkat sokongan pejuang-pejuang udara XIG, Gaia segera dibebaskan dan bertukar menjadi Supreme Version. Membalikkan arus pertarungan, Gaia menggunakan Photon Stream untuk menewaskan Mimos. Sebuah Pertarungan Baru ~Pertempuran Version-up!~

Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace[]

Di sebuah dunia di mana Ultraman dan Kaiju hanyalah fiksyen semata-mata, prestasi seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Tsutomu semakin merosot disebabkan oleh ketagihannya terhadap Ultraman Gaia. Pada suatu malam, ketika sedang menonton episod siri Gaia, dia telah dibawa ke ruang hyperspace di mana dia terlihat seorang gadis dan kelihatan sebuah kemusnahan yang amat dahsyat di sebaliknya. Hari seterusnya, seorang pelajar baharu yang sangat mirip dengan gadis itu dan bernama Lisa telah diperkenalkan di dalam kelasnya. Kemudian, dia menemui sebuah bola merah bercahaya misteri yang memberitahunya ia boleh menunaikan apa-apa keinginan menjadi kenyataan. Satu perkara yang paling Tsutomu inginkan ialah bertemu dengan Gamu Takayama, yang juga merupakan Ultraman Gaia. Hasratnya menjadi kenyataan dan Gamu muncul di dunianya, tetapi seorang pembuli telah mengambil bola merah itu dan meminta hajatnya sendiri; seekor Kaiju iaitu Satanbizor untuk melawan Gaia.

Gamu mengarahkan PAL untuk membawa Fighter EX mendarat di lokasi yang selamat, kemudian bertukar menjadi Ultraman Gaia. Dia tersedar bahawa dia kehilangan tenaga lebih pantas berbanding biasa, tetapi apapun berjaya menewaskan kaiju itu. Setelah mengecil kembali menjadi Gamu, dia mula dikejar oleh ramai kanak-kanak yang merupakan peminatnya. Dia berjaya mengelak dari mereka bersembunyi di dalam sebuah kedai mainan. Di dalamnya, Gamu terpesona bercampur hairan melihat mainan dan barang dagangan dari berbagai tayangan siri Ultraman. Tsutomu dan rakan-rakannya menemui Gamu dan mereka menjelaskan bagaimana dia telah dibawa ke dunia mereka. Tsutomu mencadangkan untuk menyembunyikan Gamu dan Fighter EX di pangkalan rahsianya iaitu hangar yang telah terbengkalai. Ketika dia di situ, Gamu menyedari bahawa Tsutomu mempunyai hadiah untuk Lisa, iaitu merupakan sebuah buku yang bertajuk "Gulliver's Travels" yang merupakan buku kegemaran Gamu ketika dia kecil. Ketika Gamu mengimbas bola merah untuk mendapatkan jawapan, pihak polis telah mengepung di luar kawasan hangar selepas mengekori pesawatnya. Gamu cuba untuk memujuk mereka tetapi berakhir dengan pergaduhan. Tiba-tiba, dia menghilang di udara ada sebelum mendapati dirinya berada di dunianya yang sebenar dengan membawa buku cerita Tsutomu. Dia tidak lama kemudian dapat mengingati semula peristiwa yang telah berlaku dan memeriksa maklumat yang telah diimbasnya dari bola itu dan menerima visi yang memberitahunya bahawa dunia Tsutomu akan musnah tidak lama lagi.

Malangnya, semasa berlakunya kekacauan itu, Tsutomu telah kehilangan bola itu the dan ia dirampas oleh sekumpulan pembuli. Mereka telah meminta satu hajat akan kewujudan raksasa terkuat, lalu mewujudkan King of Mons yang serta-merta mula memusnahkan kejiranan mereka. Sementara itu, Gamu berazam untuk menyelamatkan dunia Tsutomu dan tidak lama kemudian menemui jalannya ke sana dengan bantuan sebuah mecha kontena percubaan, Adventure. Adventure berjaya memberikan sedikit impak kepada King of Mons dan telah dimusnahkan. Gamu kemudian bertukar menjadi Gaia untuk bertarung menentang kaiju gergasi. King of Mons menjelmakan dua lagi kaiju; Basiliss dan Sculla. Tsutomu yang melihat Gaia bertungkus-lumus dalam pertarungan itu pun meminta pertolongan namun tercampak akibat pancaran serangan dari salah satu Kaiju itu. Di saat semuanya kelihatan hilang harapan, dia dan yang lain diselamatkan oleh Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna yang muncul setelah dia meminta hajat. Ketiga-tiga gergasi itu menentang semua Kaiju itu sebelum Tiga dan Dyna akhirnya menewaskan raksasa jelmaan King of Mons sementara Gaia yang kini dalam bentuk Supreme Version berjaya menghapuskan King of Mons dengan Photon Stream. Kemudian, Gamu mendedahkan rahsia Lisa kepada Tsutomu yang mana dialah perantaraan manusia dari bola merah itu. Walaupun akan menyebabkan Lisa akan hilang buat selamanya, dia mendesak Tsutomu untuk membuat permintaan agar bola itu hilang selamanya, maka membaiki semua kerosakan yang telah disebabkan olehnya kepada dunia. Sebelum meminta diri untuk kembali ke dunianya, Gamu mengembalikan buku cerita milik Tsutomu dan berterima kasih kepadanya kerana berkat buku itu membenarkannya untuk bertemu dengan Tsutomu sekali lagi. Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace

Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace[]

TBA Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace

Pertarungan Menentang Radical Destruction Bringer Bahagian 2[]

Agul akhirnya kembali, dan dia dan Gaia mengetepikan perbezaan mereka untuk memerangi musuh bersama. Apabila nyawa Gamu diancam oleh raksasa robot Σ-Zuigul, Fujimiya merayu kepada Bumi sendiri untuk membenarkannya bertarung sekali lagi. Bumi menerimanya dan sekali lagi memberikannya kuasa Agul sebagai Agul Version 2. Kebangkitan Agul

Kemudian, GUARD menjadi lebih proaktif dalam mempertahankan Bumi. Mereka cuba menghapuskan raksasa yang tidak aktif, Tigris dengan menghantar bom nuklear yang menembusi tanah ke dalam tanah, rancangan yang menjadi bumerang yang mengerikan. Dalam percubaan lain, mereka menghasilkan lubang cacing tiruan untuk menghantar peluru berpandu pemusnah planet ke planet asal raksasa C.O.V. dan Pazuzu yang juga mengalami akibat buruk.

Radical Destruction Bringer mengambil peluang ini untuk menghantar versi C.O.V yang telah dipertingkat dan Pazuzu melalui lubang cacing itu. Apa yang menjadi jelas kepada Gamu ialah raksasa seperti Tigris, Mizunoeno Dragon, Syazac dan Izac merupakan penduduk Bumi seperti manusia, dan mungkin tidak adil untuk menghapuskan mereka apabila naluri mereka hanya untuk terus hidup. Bagi makhluk yang telah dihantar oleh Radical Destruction Bringer, mereka sememangnya tidak jahat. Apabila mereka dihantar ke Bumi, naluri pertama mereka hanyalah untuk terus hidup dalam persekitaran yang asing. Oleh itu, Gamu/Gaia berhadapan dengan moral dan motif manusia. Gaia dan Agul akhirnya bersatu berganding bahu untuk mengalahkan raksasa-raksasa itu. Serangan Raksasa Angkasa

Blitz Blots, raksasa burung hitam dan putih yang mempunyai kebolehan untuk menyerap dan menembak balik serangan tenaga dengan dadanya telah memusnahkan pangkalan GUARD secara sistematik dan hampir mengalahkan Agul V2 dalam proses itu. Tigris II muncul untuk melawan Blitz Blots dan dengan gabungan pasukan GUARD dan Gaia berjaya mengalahkan Blitz Blots. Planet Hidup

Radical Destruction Bringer memulakan peringkat akhir serangan mereka di Bumi dengan mengerahkan Deathbringer dan Mokian. Di dalam Mokian terdapat monopol, objek teori yang mempunyai kuasa magnet yang cukup untuk memisahkan kerak Bumi dan menamatkan sebuah tamadun. Ia telah didedahkan oleh Deathbringer bahawa Radical Destruction Bringer menganggap manusia sebagai ancaman kepada seluruh alam semesta dan mesti dihapuskan. XIG melancarkan serangan habis-habisan ke atas Mokian tetapi tidak berjaya. Apabila Komander Ishimuro hendak merempuh Aerial Base yang kini telah berpindah ke kawasan yang selamat ke dalam raksasa itu, Gamu bertukar menjadi Gaia dan cuba memusnahkannya. Gaia menyebabkan kecederaan sederhana pada Mokian, tetapi dihalang dan diseksa olehnya. Untuk memusnahkan Mokian dan menyelamatkan Gaia, Komander membiarkan Aerial Base dirempuh seperti yang dirancang pada asalnya. Komander telah diselamatkan oleh Gaia pada saat terakhir sebelum pangkalan itu meletup bersama-sama dengan Mokian. XIG Dimusnahkan!?

Deathbringer kemudian memusnahkan bandar-bandar dalam bentuk Zebubu. Agul tiba untuk melawannya, tetapi dia akhirnya tertusuk kakinya dengan lembing Zebubu. Gaia (selepas Gamu mendedahkan identitinya kepada XIG) tidak lama kemudian datang untuk menyembuhkan Agul dan membolehkannya berundur. Selepas pertarungan yang kejam itu, Zebubu telah dikalahkan. Dendam

Pertarungan Terakhir Menentang Zog[]

Radical Destruction Bringer melancarkan rancangan muktamadnya dengan menghantar Dobishi ke Bumi untuk memadamkan cahaya matahari di seluruh dunia, perlahan-lahan membawa planet ini kepada kegelapan sementara mereka memutuskan komunikasi dan memusnahkan pasukan GUARD. Bumi mula lemah dan selaras dengan itu, begitu juga dengan cahaya Gaia dan Agul. Namun, Gamu dan Fujimiya berubah untuk melawan Dobishi sehingga mereka terharu. Tiba-tiba, mereka diselamatkan oleh Zog, malaikat putih gergasi. Turunnya Malaikat Dia membunuh Kaiser Dobishi yang dilawan oleh Ultraman dan mengisi semula kuasa Gaia dan Agul tetapi hanya untuk mengalahkan kedua-dua mereka sepenuhnya dan mengakibatkan Life Gauge mereka terpadam. Kedua-dua Ultraman itu mengecil kembali menjadi Gamu dan Fujimiya yang mana kejadian telah disiarkan oleh dua jurukamera KCB walaupun Reiko meminta mereka untuk mematikan kamera. Pertarungan itu telah disiarkan di seluruh dunia. Mereka terselamat, tetapi tidak lagi dapat bertukar menjadi Gaia dan Agul.

Pada saat ini, semua raksasa Bumi mula muncul lagi di seluruh dunia untuk melindungi Bumi daripada Dobishi dan Kaiser Dobishi. Tangisan Bumi

Semua orang dibawa kembali dan bersatu untuk mengambil bahagian bersama dalam pertarungan terakhir menentang Zog. Gaia, Agul, XIG, raksasa Bumi, Alchemy Stars, krew TV KCB, dan juga ibu bapa Gamu datang untuk menggalakkannya. Gamu melancarkan skema akhir di mana rangkaian Alchemy Stars digunakan untuk membantu pejuang XIG yang terakhir termasuk beberapa pesawat yang telah diubahsuai oleh Alchemy Stars untuk menyalurkan tenaga daripada raksasa Bumi untuk memberi Gamu dan Fujimiya kebolehan untuk bertukar menjadi Gaia dan Agul.

Didorong dengan bekalan tenaga yang besar ini, Gaia dan Agul menghapuskan Bumi daripada gerombolan Dobishi. Walau bagaimanapun, apabila Gaia menamatkan Dobishi, Zog muncul semula. Dia menyerang Gaia dan Agul tetapi mereka menyerang balas dengan sengit. Selepas terhuyung-hayang seketika oleh serangan balas. mereka, Zog bertukar dari bentuk malaikatnya menjadi raksasa seperti syaitan gergasi yang dua kali ganda besar saiznya.

Gaia dan Agul kemudian bekerjasama dan menghapuskan Zog dengan serangan terkuat mereka yang dihasilkan dengan menggabungkan pancaran tenaga mereka. Bumi Ialah Bintang Ultraman

Ultraman Gaia: Once Again Gaia[]

Setelah hilang kebolehan untuk bertukar menjadi Gaia dan Agul selepas pertarungan mereka menentang Zog, Gamu dan Fujimiya kembali kepada kehidupan mereka seperti biasa. Tidak lama selepas itu, peradaban bawah air meminta pertolongan manusia. Mereka memulihkan Cahaya Gaia kepada Gamu, membolehkannya menjadi Gaia semula untuk bertarung dengan peninggalan daripada Radical Destruction Bringer, Gakuzom. Dia disertai oleh Fujimiya yang juga telah mendapat semula kuasanya daripada sumber yang sama. Selepas pertarungan itu, Gamu dan Fujimiya berpisah untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Ultraman Gaia: Gaia Again

Ultraman Ginga[]

Gaia telah mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia bukan sahaja bertarung bersama Ultraman Agul, tetapi juga dengan para Ultra lain dan sekutu mereka menentang pihak kejahatan. Di pertengahan peperangan itu, Dark Lugiel mengubah setiap Ultra bersama sekutu mereka, raksasa dan makhluk asing menjadi Spark Doll dengan Gamu masih sebagai hos manusianya. Sebaik sahaja peperangan itu hampir berakhir, seorang pahlawan misteri muncul dan menghadapi Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga telah bertukar menjadi Spark Doll tetapi ia disimpan di dalam peranti Ginga Spark miliknya dan jatuh bersama Spark Doll lain ke Bumi.

Setelah Ginga menewaskan Lugiel, Gaia diandaikan telah kembali menjadi bentuk asalnya dan pulang ke rumah dalam bentuk bebola cahaya bersama Agul dan Spark Doll lain. Masa Depan Awak

Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]

"Hikaru, Shou. Ini ialah Bumi awak berdua, jadi awak berdua yang akan pertahankannya!"

―Ultraman Gaia

Gaia merupakan antara Ultra Heisei yang telah dipenjarakan oleh Etelgar dan Arena di dalam Evil Mirror. Dia juga kembali berpasukan dengan Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna untuk menghadapi raksasa gabungan Five King yang dimanifestasikan dari bentuk gabungan trauma mereka terhadap raksasa masa lalu (untuk Gaia, Gan-Q dan C.O.V.). Gaia bertukar menjadi Supreme Version sementara Tiga bertukar menjadi Power Type dan Dyna bertukar menjadi Miracle Type. Akhirnya, ketiga-tiga mereka berjaya mengalahkan raksasa ganas itu dengan serangan gabungan Deracium Beam Torrent milik Tiga, Revolium Wave Attack Type milik Dyna dan Photon Stream milik Gaia. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!

Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA[]

Ultraman Gaia muncul pada separuh kedua Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA. Dia bekerjasama bersama Ultraman Orb serta Ultraman Agul, Ultraman Dyna dan Ultraman Cosmos mempertahankan Bumi dari rancangan Psychi dan Queen Bezelb yang merancang untuk memadamkan semua kecerdasan di seluruh alam semesta.

Counterpart[]

Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers[]

Rencana utama: Ultraman Gaia (Semesta Superior)

Ultraman Gaia muncul sebagai versi alternatif dari dirinya dalam filem ini. Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers

Profil[]

Statistik[1][]

  • Ketinggian: Mikro ~ 50 meter
  • Berat badan: 0 ~ 42,000 tan
  • Dunia asal: Planet Bumi
  • Masa aktiviti: Tidak ditakrifkan (Life Gauge Gaia akan mula berkelip apabila dia mengalami kecederaan pada tahap tertentu)

Ciri-ciri Tubuh[]

  • Gaia Head (ガイアヘッド Gaia Heddo): Merujuk kepada tanda-tanda emas di kepala Gaia, ia mengumpulkan tenaga cahaya atau mana dari Bumi untuk memberi kuasa kepadanya. Ia juga diperlukan untuk melancarkan Photon Edge dan pancaran serupa yang ditembak dari kepalanya.
  • Gaia Eye (ガイアアイ Gaia Ai): Matanya boleh mengesan kehadiran musuh yang tersembunyi, malah mereka yang tidak kelihatan atau bersembunyi di sebalik objek, juga boleh melihat jarak yang jauh.
  • Life Gauge (ライフゲージ Raifu Gēji): Istilah yang betul untuk Pemasa Warna Gaia, dia tidak mempunyai had masa yang ditetapkan untuk berapa lama dia boleh aktif. Sebaliknya ia berfungsi untuk menunjukkan berapa banyak tenaganya yang tinggal. Tenaganya digunakan baik dengan menyerang dan menerima pukulan.
  • Gaia Breaster (ガイアブレスター Gaia Buresutā): Jalur emas (kemudian emas dan hitam) di sekitar Life Gauge miliknya, ia merupakan kepingan perisai dan bahagian paling kukuh dari tubuh badannya, ia hampir tidak dapat dihancurkan. Setelah memperoleh V2, ia mendapat garisan berwarna hitam di antaranya dan dalam Supreme Version, ia bertambah sehingga ke lengan atasnya.
  • Gaia Body (ガイアボディー Gaia Bodī): Tubuh badan Ultra itu boleh menahan suhu rendah dan bertahan dalam vakum ruang. Dia juga kebal terhadap pancaran laser dan api.
  • Lengan: Menumpulan tenaga untuk kebanyakan serangan pancaran Gaia.
  • Kaki: Mampu menjana tenaga anti-graviti untuk penerbangan. Apabila mendarat, pelepasan tenaga menyebabkan letusan kecil di sekitar kaki Gaia.

Transformasi[]

Sebelum mencipta Esplender, Gamu menggunakan menggunakan tiub fotoelektron. Selepas adanya Esplender, Gamu mengangkatnya ke arah langit atau ke hadapannya, ia kemudian aktif dan menyelubungi Gamu dalam pancaran cahaya merah sebelum Gamu bertukar menjadi Ultraman Gaia. Selepas Gamu menerima cahaya Agul, kadangkala cahaya merah dan biru muncul di sekitarnya. Gamu juga akan menjerit "Gaia!" semasa bertukar.

Bentuk[]

V1
Gaia V1

Ultraman Gaia V1

V1ブイワン (Bui Wan) ialah bentuk pertama Ultraman Gaia.

Statistik
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 20
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.2
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1,200 meter
  • Kekuatan Cengkaman: 50,000 tan (bersamaan dengan 50 kg bagi seorang human)
Teknik
Khas
  • Gaia Slash (ガイアスラッシュ Gaia Surasshu): Letupan tenaga merah dari tangan Gaia.
Fizikal
Lain-lain

V2
Gaia V2

Ultraman Gaia V2

V2ブイツー (Bui Tsū) Ialah bentuk default Ultraman Gaia yang dinaik taraf yang diperoleh selepas menerima cahaya Ultraman Agul daripada Fujimiya. Garisan merah di dadanya berubah menjadi hitam, menyerupai corak tubuh badan Agul. Teknik dan parameter fizikalnya dipertingkatkan lagi dan serta menerima penggunaan kuasa Agul V1.

Statistik[1]
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 20
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5.5
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.2
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 10
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1,200 meter
  • Kekuatan Lengan: 100,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 70,000 tan
Teknik
Khas
  • Photon Edge (フォトンエッジ Foton Ejji): Gaia boleh menggunakan versi yang lebih kuat bagi Photon Edge, yang kini dua kali lebih kuat.
  • Quantum Stream (クァンタムストリーム Kuantamu Sutorīmu): Versi yang lebih kuat bagi Quantum Stream, ia ditembak dengan cara yang sama tetapi ia masih lemah berbanding Photon Edge dan Photon Crusher.
    • Powered Up Quantum Stream: Versi yang lebih kuat bagi Quantum Stream. Digunakan dalam Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!.
  • Photon Crusher (フォトンクラッシャー Foton Kurasshā): Gaia dapat melakukan Photon Crusher milik Agul. Ia boleh digabungkan dengan Photon Edge untuk variasi yang lebih kuat.
  • Liquidator (リキデイター Rikideitā): Gaia dapat melakukan Liquidator milk Agul. Semasa penggunaan pertamanya, ia berwarna merah berbanding biru, walaupun ketika pertarungannya dengan Mimos, ia berwarna biru normal.
  • Spacium Beam: Gaia boleh menembak Spacium Beam berwarna merah dari tangannya yang bersilang. Hanya digunakan dalam New Century Ultraman Legend.
Fizikal
Lain-lain
  • Version Up (ヴァージョンアップ Vājon Appu): Gaia boleh bertukar dari Version 2 kepada Supreme Version.
  • Agul Blade (アグルブレード Aguru Burēdo): Seperti Agul, Gaia kini boleh menghasilkan bilah daripada tangannya yang diperbuat daripada tenaga.
  • Heal (ヒール Hīru): Gaia boleh menyembuhkan luka Ultraman lain atau dirinya sendiri. Digunakan dalam episod 48.
  • Kebolehan Penembusan Hyperspace: Apabila bertukar, Gaia dapat masuk ke dalam dimensi Queen Mezard dan kemudian keluar daripadanya.
  • Teleportasi: Gaia boleh teleport, sekurang-kurangnya dalam jarak yang dekat.
  • Crossover Formation (クロスオーバーフォーメーション Kurosuōbā Fōmēshon): APeningkatan kuasa seketika yang menyelubungi pengguna dalam aura keemasan.
  • Pemindahan Kuasa: Gaia boleh menyumbangkan kuasanya kepada Ultra Fusion Brace bersama dengan Ultra Heisei untuk membolehkan Ultraman Ginga Victory menggunakan kuasanya.
Gabungan
  • Pancaran Gabungan: Pancaran gabungan bersama Agul, Cosmos, Orb dan Dyna.
  • Penghalang Gabungan: Penghalang bulat besar yang dibentuk bersama-sama dengan Agul, Cosmos, Orb dan Dyna.

Supreme Version
Gaia Supreme Version

Gaia Supreme Version

Supreme Version (スプリーム・ヴァージョン Supurīmu Vājon sering disingkatkan sebagai SV) ialah bentuk yang digunakan oleh Gaia apabila dia menggunakan kuasa Agul secara maksimum. Garisan hitam dan biru di sepanjang tubuhnya menyerupai Agul, dan fizikalnya meningkat secara dramatik. Dalam bentuk ini, gaya pertarungan Gaia berubah menjadi lebih fokus kepada bergelut, kadangkala dapat mengangkat, melempar dan melenturkan lawan dengan sangat mudah. Bagaimanapun, bentuk ini menghabiskan banyak tenaga Gaia dan akibatnya, dia tidak boleh bertarung dalam tempoh yang lama.

Statistik
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 25
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.5
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1,500 meter
  • Kekuatan Cengkaman: 120,000 tan
Teknik
Khas
  • Photon Edge (フォトンエッジ Foton Ejji): Gaia boleh menggunakan versi teknik ini yang lebih kuat dari versi V2.
  • Quantum Stream (クァンタムストリーム Kuantamu Sutorīmu): Versi yang lebih kuat bagi Quantum Stream Gaia.
  • Gaia Slash (ガイアスラッシュ Gaia Surasshu): Teknik yang sama digunakan dalam V2.
  • Photon Crusher (フォトンクラッシャー Foton Kurasshā): Gaia dapat melancarkan Photon Crusher milik Agul.[3]
Fizikal
Lain-lain
  • Ultra Barrier (ウルトラバリヤー Urutora Bariyā): Penghalang yang sama digunakan dalam V2. Ia kini lebih berkuasa.
  • Aliran Air: Semburan air dari jari Gaia yang memadamkan api.
Gabungan
  • TDG Special (TDGてぃーでぃーじースペシャル Tī Dī Jī Supesharu): Tiga, Dyna dan Gaia masing-masing menembak Zeperion Beam, Empowered Solgent Beam dan Photon Stream mereka secara serentak ke arah satu sasaran. Serangan ini pertama kali ditunjukkan dalam siri Ultraman Z melalui pendua Gamma Illusion oleh Ultra titular itu ketika menentang Destrudos, tetapi diiktiraf secara rasmi dalam ansuran 2021 dariUltraman Fusion Fight!.[4]

Super Supreme Version
GaiaSSV Placeholder

Gaia Super Supreme Version

Super Supreme Version (スーパー・スプリーム・ヴァージョン Sūpā Supurīmu Vājon disingkatkan sebagai SSV) merupakan bentuk Version Up bagi Gaia Supreme Version selepas dia menerima cahaya Agul Supreme Version.[5] Ia melakukan kemunculan sulungnya 25 selepas siri Ultraman Gaia di pementasan NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Blazar "A New Light" bertempat di Ultra Heroes EXPO 2023 Summer Festival.[6]

Dalam pementasan itu, di mana tercetusnya pertarungan amtara Ultraman Blazar dan Bazanga gergasi, Gamu/Gaia Supreme Version sedang bertungkus-lumus bertarung menentang Satanbizor. Ketika itu, Fujimiya/Agul Supreme Version muncul untuk membantunya dan dia bertindak balas terhadap keazaman Gamu dengan menghulurkan cahaya dari Agulater miliknya. Gamu dan Fujimiya kemudian menyeru nama alter ego Ultraman mereka dan bergabung tenaga untuk menjadi Gaia Super Supreme Version yang mampu untuk membalikkan arus pertarungan dalam menentang Satanbizor dan menamatkan ancaman raksasa itu dengan penamatnya.[7]

Teknik
Khas
  • Pancaran Penamat Tidak Diketahui: Gabungan dari Photon Edge milik Gaia dan Photon Crusher milik Agul.

Media Lain[]

New Century Ultraman Legend[]

Akan ditambahkan...

PD Ultraman Battle Collection 64[]

Akan ditambahkan...

Trivia[]

  • Ultraman Gaia merupakan Ultra pertama yang menembak pancarannya dengan lengan melintangnya berada di belakang lengan menegak berbanding di hadapan.
  • Dalam filem New Century Ultraman Legend, dengusan Gaia dan Agul digunakan semula dari dengusan Ultraman Zearth.
  • Bunyi Pemasa Warna Gaia merupakan versi bernada tinggi dari milik Tiga.
  • Perubahan warna pada Gaia Breaster miliknya dalam V2 adalah disebabkan oleh keinginan pereka Hiroshi Maruyama untuk pewarnaan hitam dalam Pahlawan Ultra titular. Warna tersebut diilhamkan dari teh hitam.

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Chuck | Ultraman Scott | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Ginga Victory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Blazar
Ultra Lain Superior Seven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Rakyat U40 | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Counterpart Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Ultraman Palsu | Ultraseven Palsu | Ace Robot | Astra Palsu | Ultraseven Khayalan | Ultraman Joneus Palsu | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Ultraman Cosmos Palsu | Ultraman Mebius Palsu | Tsurugi Palsu | Ultraman Mebius Palsu | Darklops Zero | Darklops | Ultraman Palsu (SR) | Zoffy Palsu (SR) | Ultraman Jack Palsu (SR) | Ultraman Ace Palsu (SR) | Ultraman Zero Ilusi | Ibu Ultra Palsu | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Pementasan dan Permainan Video Chaosroid | Ultraseven Palsu | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Ultraman Leo Palsu (SR) | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace | Lara | Ultraman Dyna Palsu | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Haruka | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra-Ninja Squad | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Caesar | Wuleian | Ultra Wolf | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Manga Dark Horse) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zaji | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Ars | Acura | Remodeled Ultra | Aura | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement